Mohamad Firdaus Mat Saad, 32, bersama isteri melawat rumah contoh sempena majlis pelancaran projek perumahan Ion Belian Garden di Batang Kali, Hulu Selangor pada 12 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

NCT Group bangun semula projek terbengkalai Lembah Genting

HULU SELANGOR, 13 MAC: Projek perumahan Lembah Genting di sini yang terbengkalai sejak 17 tahun lalu kini dalam proses pembangunan semula dan dijangka siap pada 2025.

Projek perumahan itu kini dikenali sebagai Ion Belian Garden selepas pengambilalihan oleh pemaju hartanah NCT Group of Companies (NCT Group).

Pengarah Urusan NCT Group Dato’ Sri Yap Ngan Choy berkata projek perubahan di atas tapak seluas 42 hektar itu membabitkan nilai pembangunan kasar RM570 juta.

Katanya, fasa pertama dibahagikan kepada lima presint membabitkan 1,009 unit rumah teres dua tingkat, 149 unit rumah teres satu tingkat dan sembilan unit rumah kedai dua tingkat.

“Kami dilantik sebagai penyelamat pembangunan di Lembah Genting sekali gus membantu 200 pembeli asal dengan melakukan penstrukturan semula projek perumahan tersebut.

“Ion Belian Garden dijangka menjadi pembangunan terbesar di utara Selangor yang berkonsepkan persekitaran dan keindahan semula jadi serta dilengkapi dengan kemudahan konsep urban yang sesuai untuk keluarga serta perniagaan,” katanya ditemui pada majlis pelancaran projek perumahan Ion Belian Garden di sini.

Majlis pelancaran itu dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim.

Selain terletak berhampiran Batang Kali dan Rawang Bypass, Ion Belian Garden juga berdekatan beberapa kemudahan lain seperti stesen KTM Batang Kali, perkhidmatan penjagaan kesihatan, institusi pendidikan dan kedai serbaneka.


Pengarang :