Selangorkini
YDP Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad (kanan) menerima lukisan daripada anak-anak petugas barisan hadapan ketika majlis apresiasi Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 23 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA SELANGOR

Pekawanis bimbing usahawan wanita jana pendapatan

SHAH ALAM, 24 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan mengadakan program realiti yang dianjurkan khas untuk usahawan wanita.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata program itu bertujuan membantu usahawan-usahawan wanita menjana pendapatan menerusi penganjuran pelbagai kursus dan bimbingan.

“Program ini masih dalam perancangan dan kita akan mencari usahawan-usahawan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka ini akan dilatih sehingga berjaya dengan kursus-kursus seperti pemasaran.

“Kita akan bekerjasama dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Platform Selangor (PLATS) untuk mencari usahawan-usahawan muda yang mahu memajukan perniagaan mereka. Pemenang program ini akan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Pekawanis,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Apresiasi Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar semalam.

Tambah Masdiana, Pekawanis juga akan meneruskan program Ziarah Medik di setiap DUN dalam usaha meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan.

“Menjelang Ramadan ini, kita akan menganjurkan program bubur lambuk, tadarus dan sumbangan Hari Raya,” katanya.


Pengarang :