Sesi pembelajaran dijalankan pusat Anak Istimewa Selangor (AnIS) membantu kanak-kanak terlibat meningkatkan kemahiran diri dan boleh berdikari. Foto Facebook ANIS
EXCOSELANGOR

Pelbagai aktiviti khusus bantu anak istimewa dilaksana sepanjang Mac

SHAH ALAM, 14 MAC: Anak Istimewa Selangor (AnIS) menjalankan pelbagai aktiviti khusus bagi membantu golongan berkaitan mulai hari ini sehingga akhir Mac.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan program kendalian Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) itu berlangsung di pusat AnIS dan sekitar daerah ini.

“Saringan awal pada 19 Mac membantu ibu bapa untuk mengenal pasti masalah perkembangan anak-anak (istimewa). Doktor dan juruterapi akan hadir memberikan konsultansi kepada mereka.

“Daftar di anisselangor.com/saringan untuk dapatkan tarikh janji temu seterusnya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata program dialog bagi mengumpul pandangan pemegang taruh ke arah menjayakan pusat kehidupan berdikari (ILC) Selangor turut diadakan pada 22 Mac.

Menurutnya, program perbincangan kumpulan fokus (FGD) itu akan membantu anak berusia 18 tahun ke atas untuk hidup berdikari.

Maklumat lanjut berhubung program AnIS boleh hubungi 03-55453170.

Jadual program berkenaan seperti berikut:

14 Mac – Kemasukan pelajar baharu program Intervensi Pusat AnIS
19 Mac – Saringan awal kanak-kanak berkeperluan khas
21 Mac – Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia
22 Mac – FGD Penubuhan ILC Selangor
29 Mac – Simposium AnIS – Pendidikan Masa Depan Anak Istimewa


Pengarang :