Siri pertama Klinik Asas Bola Sepak berlangsung di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 4 Disember 2021. Foto Team Selangor
ADNAGENDABERITA UTAMASELANGOR

Peminat bola sepak dipelawa sertai klinik asas percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 23 MAC: Penduduk di sekitar Puchong dijemput untuk menyertai klinik asas bola sepak di Padang Bola Sepak BK3, Kinrara pada Ahad ini.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata penyertaan program itu adalah percuma dan ia terhad kepada 200 peserta sahaja.

“Penyertaan adalah terhad iaitu 100 peserta bagi setiap sesi. Sesi pertama bermula pada jam 9 pagi hingga 10.30 pagi manakala kedua 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Antara syarat penyertaan ialah peserta berusia antara tujuh hingga 17 tahun, ibu bapa lengkap vaksinasi bagi peserta 12 tahun ke bawah dan lengkap vaksinasi bagi peserta 13 tahun keatas,” katanya menerusi Facebook.

Bagi ibu bapa yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/BolaSepakKinrara atau menghubungi talian 013-5303578.

Klinik asas bola sepak adalah anjuran bersama Team Selangor dan FA Selangor bagi mencungkil bakat baharu.


Pengarang :