AGENSISELANGOR

Pertandingan video ulasan buku #selangormembaca tawar hadiah RM4,000

SHAH ALAM, 17 MAC: Orang ramai berpeluang menenangi hadiah keseluruhan RM4,000 menerusi pertandingan Video Resensi Buku 2021 #selangormembaca.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerusi Facebook memaklumkan pertandingan tersebut adalah kupasan dari koleksi buku terbitan Kerajaan Negeri di bawah program Siri Pencerahan Selangor, Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) (https://bukuibde.com/).

Menurutnya, penyertaan percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pemenang tempat pertama menerima wang tunai RM1,000 manakala 10 hadiah saguhati bernilai RM300 setiap satu.

“Ulasan buku hendaklah dalam format video dan perlu dimuat naik ke dalam media sosial masing-masing dan ditandakan dengan tagar #selangormembaca dan #siripencerahanselangor.

“Isi alamat pautan video anda di dalam borang penyertaan,” katanya.

Maklumat lanjut berhubung pertandingan dan pendaftaran boleh diperoleh melalui: https://bit.ly/ResensiSiri2Siri3

Orang ramai disaran mengikuti laman Facebook dan Instagram Selangor Membaca untuk sebarang perkembangan.

Pertandingan siri 3 bermula 28 Februari akan berakhir pada 10 April ini.


Pengarang :