Orang ramai melihat replika Pangsapuri Bayu Residensi ketika majlis pelancarannya di Taman Sri Gombak, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS sasar bina 1,000 unit Rumah Selangorku setiap tahun guna kaedah moden

SHAH ALAM, 20 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan pembinaan 1,000 unit Rumah Selangorku (RSKU) di negeri ini setiap tahun.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata usaha itu dicapai melalui peluang kerjasama dengan pemaju yang mengaplikasikan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS), lapor Sinar Harian.

Menurut Datuk Mahmud Abbas, 882 unit RSKU di Cyberjaya antara projek yang menggunakan kaedah itu dengan komponen rumah dibina di kilang sebelum dipasang di tapak binaan.

“Teknologi IBS melibatkan pembinaan komponen rumah di kilang, bukan di bawah panas terik seperti kaedah pembinaan konvensional yang lebih terdedah kepada risiko keselamatan.

“Jadi selepas dihasilkan di kilang, ia dihantar ke tapak binaan dan dipasang di lokasi itu seperti pasang siap,” katanya ketika Majlis Pelancaran Pangsapuri Bayu Residensi di Batu Caves semalam.

Mahmud menambah teknologi sama turut digunakan untuk menyiapkan 420 unit RSKU di Seri Temenggung, Batu Caves dengan gabungan sistem acuan konkrit.

 


Pengarang :