Orang ramai diingatkan untuk lebih berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Polis: Macau Scam guna gambar waran tangkap tipu mangsa

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Polis mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam yang menghantar gambar kononnya waran tangkap bagi memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket terbabit akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan mahkamah sebelum menghantar gambar waran tangkap berkenaan.

Beliau berkata polis tidak akan menghantar gambar waran tangkap kepada individu terlibat dan ia hanya ditunjukkan secara fizikal semasa tangkapan dilaksanakan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kegiatan jenayah oleh mana-mana pihak yang tidak dikenali serta taktik digunakan sindiket ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Kamarudin berkata orang ramai boleh melakukan semakan dengan pihak polis dengan menghubungi CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559.

– BERNAMA


Pengarang :