Exco Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) ketika merasmikan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 di Central i-City Shah Alam pada 20 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

Ramadan: Selangor jamin barang keperluan asas mencukupi

SHAH ALAM, 20 MAC : Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi menjelang Ramadan, kata EXCO Pengguna dan Industri Halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barang keperluan.

“InsyaAllah, barangan keperluan asas pada Ramadan nanti cukup dan setakat ini pihak KPDNHEP Selangor juga tidak menerima aduan kekurangan stok barang.

“Kita juga akan memantau harga barangan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga yang tidak sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Pengguna Selangor yang diadakan di pusat membeli belah Central i-City di sini hari ini.

Menurutnya, pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi ‘Price Catcher’ bagi tujuan semakan harga barang keperluan harian yang lain dan boleh membuat perbandingan harga mengikut premis dalam radius 10 kilometer daripada kediaman.

Pengguna juga boleh membuat aduan dengan mengemukakan maklumat lengkap berhubung salah laku peniaga di sekitar Selangor menerusi saluran aduan rasmi berikut :

  • WhatsApp 019-279 4317
  • Portal e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre 1-800-886-800
  • Emel [email protected]
  • Ez ADU KPDNHEP
  • Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor 03-5514 4393/ 5518 1810/ 5512 5485

Pengarang :