Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di daerah Sabak Bernam, Selangor sehingga 11 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka di Perak melibatkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Manakala Sarawak pula di Kapit (Bukit Mabong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :