Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal ribut petir, hujan hingga tengah hari

SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor, Selangor sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut juga diramal berlaku di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :