Jemaah memenuhi ruang solat ketika khutbah Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor benarkan solat jemaah tanpa penjarakan mulai 1 April

SHAH ALAM, 27 MAC: Selangor membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri ini  dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal berkuat kuasa 1 April.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Baginda berkenan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara penting terutama langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan mendalam akibat jangkitan Covid-19.

“Baginda juga mahu memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara serta masjid, surau dan musolla terus berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, jemaah perlu mengikuti beberapa ketetapan seperti berikut :

1. Hanya individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla.

2. Individu berusia bawah 18 tahun dan lengkap terima dua dos vaksin sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla.

3. Perlu membawa sejadah sendiri dan sentiasa memakai pelitup muka

4. Individu bergejala diminta menangguhkan hadir ke sebarang aktiviti di masjid, surau dan musolla sehingga kesihatan kembali pulih.


Pengarang :