UKM dan Universiti Oxford bekerjasama dalam kajian mengenai masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Selangor tinjau potensi kerjasama hasil vaksin tempatan, lonjak industri bioteknologi

SHAH ALAM, 17 MAC: Invest Selangor Berhad melalui bahagian penyelarasan bioteknologi meninjau peluang kerjasama dengan pakar vaksin dalam dan luar negara terutama pengeluar diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

EXCO pelaburan, perdagangan dan perindustrian berkata langkah itu bertujuan mewujudkan kerjasama perniagaan dengan syarikat farmaseutikal untuk menghasilkan vaksin tempatan yang efektif serta selamat digunakan.

“Usaha ini akan meningkat prestasi dan kebolehan industri bioteknologi Selangor ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan pasaran antarabangsa.

“Selangor mampu merealisasikan hasrat itu kerana terdapat 14 institusi pengajian tinggi dan beberapa institusi penyelidikan yang beroperasi di negeri ini mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin sendiri.,” katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Selain itu, beliau berkata Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) juga mempunyai beberapa jenis vaksin dalam proses penyelidikan untuk diperbuat di Malaysia.

“Dua daripada jenis vaksin itu adalah untuk Covid-19, manakala yang lagi satu jenis vaksin adalah untuk merawat secara terapeutik penyakit barah di kepala dan di leher.

“Pengkajian untuk menghasilkan vaksin untuk Covid-19 akan dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di Setia Alam, menggunakan virus Covid yang telah dinyahaktif.

“Buat masa sekarang Malaysia tiada fasiliti untuk ujian klinikal dibuat untuk mengkaji keberkesanan vaksin barah. Pusat Penyelidikan Barah Malaysia akan jalankan ujian-ujian klinikal tersebut di United Kingdom,” katanya.


Pengarang :