EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud bercakap kepada Media Selangor dalam wawancara khas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Selangor tubuh majlis penasihat, perkukuh usaha tingkat kesihatan rakyat

SHAH ALAM, 28 MAC : Kerajaan Negeri bakal menubuhkan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) sempena Hari Kesihatan Sedunia 7 April ini.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata majlis penasihat itu terdiri golongan pakar serta akademik yang berpengalaman dalam bidang berkaitan kesihatan awam.

“Kerajaan Negeri mengenal pasti terdapat keperluan dalam memperkasa struktur dan fungsi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor.

“Justeru, kita bersetuju menubuhkan SELPHAC bagi memastikan segala polisi dan program berhubung kesihatan dapat dirancang, dilaksana dan dipantau dengan berkesan dan mampan,” katanya menerusi wawancara khas bersama Media Selangor baru-baru ini.

Menurut beliau,  SELPHAC berfungsi sebagai badan pemikir kepada Kerajaan Negeri mengenai dasar atau polisi berkaitan kesihatan awam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) yang berperanan sebagai badan pemikir Kerajaan Negeri dalam menangani pandemik Covid-19.

Pasukan tersebut diketuai mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman, Dr Yap Wei Aun dan Dr Siti Mariah Mahmud.


Pengarang :