Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika penangguhan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Sidang dewan negeri lancar, berjaya rungkai pelbagai isu

SHAH ALAM, 21 MAC: Pelbagai isu berjaya dirungkai sepanjang seminggu persidangan penggal kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 sejak 14 Mac lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut memuji ahli EXCO yang berjaya menjawab pertanyaan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dengan berkesan.

“Alhamdulillah, sesi dewan berlangsung dengan baik. Kita dapat berbahas dan banyak isu dapat dijelaskan antaranya banjir, pembinaan rumah, isu sosial seperti pengangguran serta pekerjaan,” katanya.

Persidangan DNS yang disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Bangunan Annex, tamat empat hari lebih awal berbanding dua minggu yang dijadualkan.

Isu lain yang dibahaskan termasuk belanjawan negeri dan persediaan menghadapi fasa endemik.

Pada 18 Mac, DNS meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan Tambahan 2022 selepas bacaan kali ketiga setelah mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan Negeri.


Pengarang :