Jemaah melakukan penjarakan fizikal ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Sungai Raba, Banting pada 12 April 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

SOP solat tarawih masjid, surau Selangor diumum masa terdekat

SHAH ALAM, 15 MAC: Tatacara operasi piawai (SOP) bagi pelaksanaan solat tarawih di negeri ini diumumkan dalam masa terdekat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mencadangkan kaedah tertentu dengan mengambil kira keputusan peringkat kerajaan persekutuan yang membenarkan solat rapat saf.

“Bagaimanapun, perkara ini akan dimuktamadkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebab hal ehwal agama di bawah tadbir urus dan pemerhatian tuanku.

“Ketetapan SOP diumumkan dalam tempoh terdekat, sebelum akhir bulan ini. Saya percaya Kerajaan Negeri melalui Jais ada hasil perbincangan dan mendapat perkenan tuanku,” katanya ditemui pemberita pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada 8 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan solat jemaah di masjid serta surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.

Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan SOP untuk masjid serta surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

 


Pengarang :