EXCO pembangunan luar bandar Borhan Aman Shah (dua, kiri) berbual dengan kanak-kanak yang menyertai program Sunathon Perdana 2022 di Dewan Seri Jugra, Telok Datuk di Banting pada 13 Mac 2022. Foto PKM DUN Tanjong Sepat
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sunat beramai-ramai diteruskan akhir tahun, babit 800 kanak-kanak

SHAH ALAM, 14 MAC: Lebih 2,500 kanak-kanak menyertai program Sunathon Perdana 2022 yang diadakan sejak 27 Februari lalu dan berakhir semalam di Banting.

EXCO pembangunan luar bandar berkata susulan itu pihaknya akan meneruskan program sama pada akhir tahun ini, membabitkan 800 orang kanak-kanak.

“Kita menyasarkan 3,300 peserta tetapi kuota itu tidak berjaya dipenuhi. Jadi kita rancang untuk mengadakannya sekali lagi pada hujung tahun ini dan hanya membabitkan 800 peserta.

“Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan anak yatim kerana inisiatif ini sememangnya bertujuan meringankan beban keluarga mereka,” kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan majlis berkhatan itu di Dewan Seri Jugra, Telok Datuk di Banting.

Mengulas lanjut, Borhan berkata seramai 300 kanak-kanak menyertai program penutup itu yang bermula jam 9 pagi membabitkan 14 doktor bertauliah.

“Majlis berjalan dengan lancar dan turut dimeriahkan dengan persembahan silat serta paluan kompang,” katanya.

Program percuma anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu menyediakan dana peruntukan RM500,000 untuk manfaat kepada 3,300 kanak-kanak.


Pengarang :