Seramai 30 suri rumah menyertai bengkel menjahit beg dari banner terpakai anjuran Team Selangor di KEMAS Beranang pada 20 Mac 2022. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

Suri rumah sekitar Beranang ikuti bengkel menjahit guna bahan terpakai

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 30 suri rumah di sekitar Beranang menyertai bengkel menjahit beg dari gegantung (banner) terpakai anjuran Team Selangor, Ahad lalu.

Sukarelawan itu memaklumkan tujuan bengkel yang diadakan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Beranang itu adalah usaha menjadikan barangan terbuang sebagai bahan yang boleh diguna pakai.

“Hampir 50 buah beg berjaya dihasilkan oleh para peserta. Kesemua beg yang dihasilkan itu adalah daripada banner terpakai dalam penganjuran program-program Team Selangor yang lepas.

“Ini adalah satu usaha guna semula (repurpose) yang cuba diamalkan dan dipromosikan kepada ahli komuniti,” katanya di Facebook.

Bengkel berkenaan turut dianjurkan secara bersama dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Semenyih dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Paya Tanjung.

Seramai 30 suri rumah menyertai bengkel menjahit beg dari banner terpakai anjuran Team Selangor di KEMAS Beranang pada 20 Mac 2022. Foto Team Selangor

Pengarang :