AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Talian khas Tanya Anis jawab soalan berkait anak OKU, beroperasi 24 jam

SHAH ALAM, 20 MAC: Platorm dalam talian Tanya Anis diwujudkan bagi membantu orang ramai mendapat maklumat berhubung anak istimewa atau kelainan upaya (OKU).

Inisiatif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang beroperasi 24 jam menampilkan pakar dan profesional termasuk panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjawab soalan.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata idea tercetus selepas banyak soalan tidak dapat dijawab dalam penganjuran seminar keibubapaan dan guru secara maya baru-baru ini.

“Kita harap platform ini dapat membantu menjawab semua persoalan yang timbul daripada pelbagai pihak berhubung apa jua jenis kategori OKU,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah jawapan turut die-mel kepada individu yang bertanya supaya tidak terlepas pandang dan boleh menjadi rujukan pada masa depan.

Talian Tanya Anis boleh dicapai melalui pautan www.anisselangor.com/tanyaanis.

 


Pengarang :