AGENSISELANGOR

Taman Eko Rimba Kanching dibuka semula Sabtu ini

SHAH ALAM, 24 MAC: Taman Eko Rimba Kanching di Rawang seliaan Tourism Selangor dibuka semula kepada orang ramai mulai 26 Mac dari 8 pagi hingga 5 petang.

Agensi pelancongan itu dalam kenyataan memaklumkan hanya individu lengkap suntikan vaksin dibenarkan masuk selain status berisiko rendah atau kontak kasual.

“Penyambungan operasi tertakhluk garis panduan atau tatacara operasi piawai (SOP) terkini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Syarat lain seperti berikut:

• Pengunjung bergelaja seperti selsema, sakit tekak, batuk dan sukar bernafas tidak dibenarkan masuk
• Memastikan jarak sosial satu meter pada setiap masa
• Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
• Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam satu hingga tiga meter
• Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam tiga hingga lima meter
• Jarak minimum antara tapak perkhemahan sebanyak dua meter dan tidak boleh bermalam


Pengarang :