Kerja-kerja membuat aliran air dilakukan kakitangan KDEBWM cawangan Ampang Jaya pada 15 Mac 2022. Foto Facebook KDEB Waste Management
AGENSISELANGOR

Tanah runtuh: KDEBWM bina benteng pasir elak air masuk rumah penduduk

SHAH ALAM, 15 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini meneruskan operasi bantuan di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang.

Menurut agensi itu, dalam operasi berkenaan pihaknya membina laluan air dan benteng pasir bagi mengelakkan air mengalir masuk ke dalam rumah penduduk.

“Untuk makluman, pasir di dalam longkang turut dikorek bagi melancarkan aliran air. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, operasi bantuan membabitkan 11 kakitangan dan dua lori roll-on-roll-off (RORO) daripada cawangan Ampang Jaya.

Pada Khamis lepas, insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang meragut empat nyawa, seorang cedera ringan selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Dalam pada itu, KDEBWM berkata orang ramai yang ingin membuat aduan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di negeri Selangor, boleh menghubungi talian 1-800-88-2824 atau muat turun aplikasi iClean Selangor.


Pengarang :