Sukarelawan Team Selangor mengedarkan 250 botol air RO sumbangan Air Selangor kepada 44 keluarga Orang Asli Sungai Gabai pada 23 Mac 2022. Foto Team Selangor
AGENDAAGENSISELANGOR

Team Selangor edar 250 botol air, bantu Orang Asli terputus bekalan

SHAH ALAM, 25 MAC: Sebanyak 250 botol air RO (Reverse Osmosis) diedar sukarelawan Team Selangor kepada 44 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Sekretariatnya, Syahaizel Keman berkata agihan barang sumbangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu susulan terputusnya bekalan air di kawasan terbabit.

“Punca air yang menjadi sumber bekalan penduduk perkampungan Orang Asli tersebut terputus akibat kerosakan pada paip yang dibina.

“Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, Air Selangor telah menyumbangkan air RO untuk mengurangkan beban mereka tanggung,” katanya semalam.

Katanya Ahli Majlis Zon 20 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tuan Muhammad Hanafi Jalalludin turut hadir membantu mengedarkan air berkenaan.

“Semoga bantuan ini dapat memudahkan urusan harian penduduk kampung tersebut,” katanya.

 


Pengarang :