BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Telefon pintar menanti pemenang utama pertandingan video pendek MPKS

SHAH ALAM, 23 MAC: Hadiah utama telefon pintar bernilai lebih RM2,000 menanti pemenang pertandingan video pendek amalan kitar semula 3R sempena Hari Bumi Sedunia anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MKPS).

MPKS memaklumkan penyertaan terbuka kepada warga tempatan yang menetap di Selangor bermula Jumaat ini sehingga 8 April depan.

“Para peserta boleh mengimbas QR Kod untuk melihat terma dan syarat serta borang penyertaan seperti di lampiran gambar,” katanya di Facebook.

Pemenang utama akan memenangi telefon pintar jenis Samsung S20 FE, naib juara pula skuter elektrik jenis Xiaomi 1S dan pemenang ketiga pula jam tangan pintar Fossil Gen 5.

Manakala tempat keempat dan kelima memenangi jam tangan pintar RealME S, manakala 20 pemenang saguhati mendapat wang tunai RM100.


Pengarang :