Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 25 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku melibatkan tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain Perlis serta Kuala Lumpur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Jeli dan Kuala Krai).

Manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun diikuti Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :