EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud (dua kiri) menerima kit kesihatan daripada wakil Selgate sempena pelancaran Sukarelawan Komuniti Kesihatan Selangor (Suka) 2021 di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang, Gombak pada 14 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tingkat agenda rakyat sihat, negeri sasar 100,000 penerima rawatan asas percuma

SHAH ALAM, 29 MAC : Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 100,000 individu berpendapatan rendah (B40) menerima manfaat rawatan asas percuma di bawah program Iltizam Selangor Sihat.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata inisiatif itu memperuntukkan sebanyak RM500 setahun bagi keluarga dan RM250 setahun bagi individu.

“Antara manfaat yang disediakan adalah rawatan kesihatan asas, penyakit kritikal, khairat kematian dan kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal.

“Kerajaan Negeri komited menjaga kebajikan serta kesihatan rakyat. Justeru program Iltizam Selangor Sihat ditambah baik daripada Skim Insurans Peduli Sihat yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya dalam wawancara khas bersama Media Selangor baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan pesakit kronik daripada kumpulan B40 dibantu menerusi Iltizam Selangor Sihat.

Sejumlah RM46 juta diperuntukkan itu akan memanfaatkan lebih 90,000 individu termasuk penjawat awam negeri Gred 44 ke bawah berbanding 85,000 penerima sebelum ini.

 

 

 


Pengarang :