Keadaan jalan yang dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tujuh daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 26 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku melibatkan tujuh daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama juga dijangka melibatkan hampir semua kawasan di Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Manakala di Kedah meliputi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Kawasan di Sarawak pula ialah Kuching, Serian Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei manakala Sabah (Pedalaman (Tambunan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :