Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Redzuan Othman (kanan) bersama Wakil The Hive SEA, Angel Low (kiri) menunjukkan memorandum persefahaman (MoU) yang turut disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) ketika majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Unisel dan The Hive SEA untuk membangunkan Sekolah Digital Selangor (SDS), di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Unisel, The Hive SEA meterai persefahaman tubuh Sekolah Digital Selangor

SHAH ALAM, 24 MAC: Universiti Selangor (Unisel) dan The Hive Asia Tenggara (The Hive SEA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Sekolah Digital Selangor (SDS) hari ini.

Perjanjian ditandatangani antara Presiden dan Naib Canselor Unisel Profesor Dato’ Dr Muhammad Redzuan Othman dan Pengarah Urusan The Hive SEA Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Anwar Jamalullail.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan penukaran MoU berkenaan di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada Belanjawan Selangor 2022, Amirudin mengumumkan penubuhan SDS menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

SDS bakal menjadi platform pembelajaran digital dan teknologi bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan sektor itu pada peringkat sijil, diploma sehingga ijazah sarjana.

Penjana Nasional dijangka memberi pelaburan sepadan dengan Kerajaan Selangor dan The Hive, selain turut menawarkan tenaga pengajar, pembinaan sistem pembelajaran hibrid terkini serta pemasaran digital yang lebih kondusif.


Pengarang :