BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

10 pusat beli-belah di Selangor meriah dengan hiasan raya

SHAH ALAM, 29 APRIL: Syawal menjelang tiba dan musim perayaan ini sinonim dengan pelbagai hiasan serta dekorasi yang bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi latar untuk bergambar.

Tahun ini, beberapa pusat beli-belah di Selangor tampil dengan hiasan hari raya dan mengangkat tema yang unik. Hiasan besar ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh pengunjung.

Tourism Selangor berkongsi senarai 10 pusat beli-belah dengan hiasan Aidilfitri menarik untuk dikunjungi bersama yang tersayang lebaran ini.

Quayside Mall

Quayside Mall ialah pusat beli-belah kejiranan terbaharu dan terbesar di Kota Kemuning, Klang yang menyediakan penduduk dengan pelbagai jenis hiburan, barangan runcit, tempat makan, perkhidmatan dan keperluan lain. Untuk raya kali ini, kompleks ini membawa keseluruhan kampung tradisional yang sesuai untuk bergambar kerana ia dipenuhi dengan elemen kampung yang cantik. Turut disediakan ialah permainan congkak dan teng-teng.

Alamat: Quayside, 42500 Telok Panglima Garang

1 Utama Shopping Centre

1 Utama Shopping Centre tampil dengan tema Kampung Minangkabau yang mengetengahkan keindahan Rumah Gadang setinggi 41 kaki dengan bumbung melengkung yang menonjol menyerupai tanduk kerbau serta dihiasi dengan reka- bentuk bunga yang ditenun dalam warisan penuh berseni. Pusat beli-belah ini
menjemput anda untuk memasuki rumah yang tersergam ini, yang turut memberi penghormatan kepada seni bina Negeri Sembilan dan Sumatera Barat untuk pengalaman fotografi yang penuh interaktif dan “insta-worthy”. Jadikan sambutan raya anda lebih istimewa dengan menonton persembahan menyeronokkan seperti tarian Endang, Rakyat Padi, Buluh Magunatip dan Gamelan Warisan Seni Budaya, dikelilingi oleh pepohon palma yang memberikan nostalgia suasana kampung yang sebenar.

Alamat: City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

The Curve, Mutiara Damansara

Tahun ini, The Curve, Mutiara Damansara mengubah ruangan tengah kepada sebuah landskap yang unik, mengambil inspirasi daripada rona dan corak rumit tenunan songket. “The Curve Raya Estetika” menawarkan pengalaman fotografi dengan latar yang berwarna-warni dan perincian yang moden. Jom raikan raya bersama The Curve dengan membawa keluarga anda ke sini bagi menikmati pengalaman penuh keceriaan, diselangi oleh persembahan tradisional dan aktiviti yang menyeronokkan.

Alamat: 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya

Setia City Mall

Setia City Mall meraikan hari raya dengan dekorasi yang mempesonakan di ruangan tengah mereka. Hiasan yang ditampilkan mengambil inspirasi dari memori perayaan Syawal yang dekat di hati serta kemeriahan hiasan lampu-lampu berwarna-warni dan terang yang sinonim dengan musim perayaan ini.

Alamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam

Tropicana Gardens Mall

Tropicana Gardens Mall menjemput anda untuk sebuah pengalaman Jalinan Kasih Di Aidilfitri yang ditampilkan di Concourse Floor, Centre Court. Beli-belah pelbagai jenis juadah raya di sini. Selain menjamu selera di gerai-gerai yang dihiasi oleh hiasan tradisional, jangan lupa juga untuk mengambil banyak gambar di sini.

Alamat: Tropicana Gardens Mall, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah 47410 Petaling Jaya

The Starling

Raikan “Pesona Raya” Bersama The Starling. Apabila anda membeli-belah dan menjamu selera di sini, anda boleh menikmati persembahan muzik secara langsung dikelilingi dekorasi menarik, seperti susun-atur ilustrasi potret menggunakan cat air. Semak jadual dan catat pada kalendar anda untuk memulakan perjalanan ke The Starling. Di bazar Aidilfitri di sini, anda akan menemui semua yang anda perlukan untuk sambutan hari raya 2022.

Alamat: No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya

Sunway Pyramid

Tahun ini, Sunway Pyramid meraikan sambitan Hari Raya dengan tema Riuh Ria Raya yang merangkumi kemeriahan hiasan berwarna-warni dan acara yang menyeronokkan. Pusat beli-belah ini mengalu-alukan semua pembeli untuk menyokong barangan keluaran tempatan atas semangat #SupportLokal. Pusat beli-belah ini telah mrekrut seorang artis grafiti tempatan Abdulrashade dan pasukannya untuk mencipta
sebuah mural rya yang menakjubkan, yang boleh dilihat di rumah kampung berwarna-warna dikelilingi keindahan pepohon hijau. Datang dan lihat sendiri karya seni ini sambil embeli-belah di Sunway Pyramid.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya

Da Men Mall

Benarkan Da Men Mall membawa anda ke sebuah zaman yang lain. Di Da Men Mall, badikan kenangan nostalgia dengan “Bestnya Raya” yang menampilkan dekorasi batik an hiasan bertemakan tahun 90an! Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022, lawati Da Men Mall USJ untuk mencipta pengalaman Bestnya Raya!menampilkan perabot ikonik, fesyen batik dan juadah hari raya yang bercirikan tahun 1990-an. Anda seolah-olah dibawa semula ke zaman ini.

Alamat: No. 1, Persiaran Kewajipan, USJ 1 47600 Subang Jaya

Main Place Mall, USJ

Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, rasai pengalaman Dreaming of Raya di Main Place Mall, USJ 21. Nikmati corak mozek yang cantik dan bunga mekar yang mengelilingi ruangan di pusat beli-belah ini. Semasa anda berada di Main Place Mall USJ, jangan lupa untuk merakamkan beberapa gambar menarik dan kongsikan kepada orang tersayang.

Alamat: Jalan USJ 21/10, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya

IOI Mall Puchong

Sambutan yang dinanti-nantikan telah kembali. Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, IOI Mall Puchong mempersembahkan Uniknya Eidulfitri bagi meraikan perayaan yang menyeronokkan dan penuh keterujaan ini. Pusat bli-belah ini turut menganjurkan sebuah peraduan dalam talian di laman media sosial mereka, mengatur pelbagai persembahan dengan elemen hari raya di Lower Ground-Centre Court dan
menawarkan pelbagai gerai yang menjual barangan raya untuk anda berbelanja.

Alamat: IOI Mall, Puchong, Jalan Puchong 47170 Puchong

Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor http://www.selangor.travelwww.selangor.travel untuk inspirasi perjalanan anda ke Selangor atau ikuti akaun media sosial di Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube.


Pengarang :