Selangorkini
Petugas kesihatan bersedia untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 15 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

10,413 kes harian Covid-19 semalam, 0.5 peratus kategori tiga hingga lima

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 semalam meningkatkan sedikit menjadi 10,413 berbanding direkodkan kelmarin, 10,052 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 4,363,024 kes.

“Daripada jumlah kes harian dicatat itu, 10,386 ialah kes tempatan dengan 94.5 peratus warganegara dan 5.5 peratus bukan warganegara.

“Setakat semalam, 154 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 89 kes,” katan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah pesakit bagi kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 10,361 kes atau 99.5 peratus manakala bagi kategori 3, 4 dan 5 ialah 52 kes atau 0.5 peratus.

Berikut pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 5,926 kes (56.91 peratus)
Kategori 2: 4,435 kes (42.59 peratus)
Kategori 3: 24 kes (0.23 peratus)
Kategori 4: 11 kes (0.11 peratus)
Kategori 5: 17 kes (0.16 peratus)

Sementara itu, jumlah kes sembuh direkodkan semalam adalah sebanyak 13,202 dan menjadikan jumlah kumulatif 4,209,858 kes.


Pengarang :