Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

12,380 kes jangkitan Covid-19, tiada kluster baharu direkodkan semalam

SHAH ALAM, 4 APR: Jumlah jangkitan harian Covid-19 menurun sebanyak 2,312 kes kepada 12,380 kes semalam berbanding hari sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,682 pesakit dirawat di hospital dan daripada jumlah itu 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Daripada 253 yang dirawat di ICU, 157 atau 0.1 peratus memerlukan bantuan pernafasan, manakala 96 tidak memerlukan bantuan pernafasan.

“Bagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan, sebanyak 61 kes disahkan Covid-19, baki 96 adalah kes yang disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan ,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU tertinggi iaitu Kuala Lumpur sebanyak 60 peratus dan Selangor sebanyak 50 peratus.

“Bagi katil bukan ICU, Putrajaya dan Selangor merekodkan penggunaan tertinggi iaitu 66 peratus dan 55 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 85 atau 0.43 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 12,295 kes atau 99.31 peratus.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 7,559 kes (61.05 peratus)
Kategori 2: 4,736 kes (38.36 peratus)
Kategori 3: 32 kes (0.26 peratus)
Kategori 4: 20 kes (0.16 peratus)
Kategori 5: 33 kes (0.27 peratus)

Katanya, tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kluster keseluruhan yang masih aktif setakat semalam sebanyak 181.

Selain itu, 30 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 11 kematian di luar hospital manakala 20,635 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 4,018,421 kes.


Pengarang :