ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee
ADNSELANGOR

2,000 bubur lambuk diagih sekitar Pandamaran esok, Ahad

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk bakal diedarkan kepada penduduk Pandamaran pada esok dan Ahad ini.

Ahli Dewan Negeri Tony Leong Tuck Chee berkata aktiviti memasak bubur berkenaan dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

“Kita akan letakkan bubur ini kepada pihak masjid dan surau supaya proses agihan lebih mudah pada waktu petang.

“Program ini merupakan simbolik sempena kedatangan bulan Ramadan dan mahu meraikan bersama-sama dengan penduduk,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Sementara itu Tuck Chee berkata sebanyak 500 bungkusan kurma akan diberi kepada kakitangan agensi kerajaan pada Isnin ini.

Antara penerima anggota polis dan bomba, kakitangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sumbangan ini sebagai menghargai jasa mereka yang banyak membantu penduduk,” katanya.


Pengarang :