Orang ramai tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga ketika tinjauan SelangorKini sempena Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur pada 2 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

28 kes kematian, 10,002 kes harian Covid-19 direkod semalam

SHAH ALAM, 5 APRIL: Angka jangkitan harian Covid-19 turun sebanyak 2,378 kes kepada 10,002 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jumlah pesakit sembuh juga meningkat sebanyak 2,667 kes berbanding hari sebelumnya kepada 23,302 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 4,041,723 kes.

“Seramai 236 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 96 kes tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah keseluruhan pesakit yang dirawat di hospital setakat semalam adalah 3,633 orang, 175,339 menjalani kuarantin di rumah dan 422 kes lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 89 atau 0.79 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 9,913 kes atau 99.11 peratus.

“Daripada 89 kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam 31 kes atau 34.83 peratus membabitkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 34 kes atau 38.20 peratus sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 24 kes atau 26.97 peratus sudah menerima dos penggalak, 51 kes atau 57.30 peratus individu berumur 60 tahun dan ke atas dan 60 kes atau 67.42 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 5,495 kes (54.94 peratus)
Kategori 2: 4,418 kes (44.17 peratus)
Kategori 3: 30 kes (0.20 peratus)
Kategori 4: 33 kes (0.33 peratus)
Kategori 5: 26 kes (0.26 peratus)

Selain itu, katanya, tiada kluster baharu direkodkan semalam dan jumlah keseluruhan kluster aktif setakat semalam adalah 173.

Beliau berkata, 28 kes kematian direkodkan semalam, termasuk tujuh kematian di luar hospital.

 

 


Pengarang :