Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato’ Shahzihan Ahmad bercakap kepada media selepas Program Penghantaran Pelajar JAIS ke Jordan di JAIS pada 15 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

411 pelajar Sijil Menengah Agama dapat pangkat cemerlang

SHAH ALAM, 7 APRIL: Seramai 411 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor tahun lalu mendapat pangkat mumtaz atau cemerlang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata angka itu meningkat 1.4 peratus atau 85 pelajar berbanding tahun 2020.

Beliau memaklumkan pelajar yang mendapat pangkat jayyid jiddan (sangat baik) pula mambabitkan 873 orang sementara 988 lagi memperoleh keputusan jayyid (baik).

“Keputusan pelajar lulus peperiksaan SMA di Selangor tahun lalu menurun 1.2 peratus kepada 94 peratus berbanding 95.2 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya dalam pengumuman di Facebook.

Mohd Shahzihan berkata pelajar SMA yang mendapat pangkat maqbul atau lulus pula seramai 810 orang selain hanya 195 pelajar belum mencapai tahap minimum kelulusan (musaadah).

Seramai 3,325 calon menduduki peperiksaan SMA tahun lalu berbanding 2,925 calon pada 2020.


Pengarang :