Murid-murid menerima kad vaksin selepas merima suntikan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan pada 25 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

412,026 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Sebanyak 412,026 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 11.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,412,867 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,873,414 individu atau 92.4 peratus telah menerima vaksinasi lengkap manakala 2,974,984 individu atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa pula, sebanyak 15,974,034 individu atau 67.9 peratus telah menerima suntikan dos penggalak manakala 22,960,906 atau 97.6 peratus telah lengkap menerima dua dos vaksin dan 23,238,026 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 60,184 dos vaksin Covid-19 harian telah diberikan semalam melibatkan 11,268 dos pertama, 45,359 dos kedua dan 3,557 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,633,398.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dengan Kedah mencatat jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Pulau Pinang dengan tiga kes, Sarawak (dua kes) dan satu kes masing-masing di Melaka, Perak dan Selangor.

– BERNAMA


Pengarang :