Sukarelawan Team Selangor dan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia mengagihkan lebihan makanan di Bazar Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dikumpul Team Selangor kepada golongan memerlukan. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

437kg lebihan makanan di bazar Ramadan diagih kepada golongan memerlukan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebanyak 134 kilogram (kg) makanan dan 303 kg minuman yang tidak habis dijual di bazar Ramadan berjaya diselamatkan menerusi projek MYSaveFood.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata makanan dan minuman lebihan itu kemudiannya diagih kepada golongan memerlukan (B40) serta di surau dan masjid.

“Program ini anjuran secara bersama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia berlangsung selama 14 hari dan berakhir semalam diadakan di Bazar Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

“Tujuannya bagi menyuntik kesedaran kepada peniaga bazar bagi mengelak pembaziran makanan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata makanan yang diambil dari peniaga berkenaan diserahkan kepada golongan sasaran pada hari yang sama.

“Kita ambil sekitar 7 malam iaitu waktu masing-masing mula berkemas dan kebiasaannya selepas berbuka baru diedarkan kepada mereka,” katanya.


Pengarang :