Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin (tengah) mengedarkan pek kurma dan sumbangan kepada wakil Masjid Jamek Jama’iyah Morib pada 3 April 2022. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Morib
ADNBERITA UTAMASELANGOR

45 masjid, surau DUN Morib terima bantuan RM55,000 bagi imarah Ramadan

SHAH ALAM, 11 APRIL : Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menyediakan peruntukan RM55,000 untuk disalurkan kepada 45 masjid dan surau di kawasan itu.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata daripada jumlah itu 10 masjid menerima bantuan RM2,000 manakala 35 lagi surau memperoleh dana RM1,000.

“Sumbangan ini bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah ibadat ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan.

“Semoga Ramadan tahun ini akan lebih bermakna dengan pengisian pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid dan surau,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau memaklumkan pihaknya turut mengedarkan pek kurma kepada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan penduduk sekitar DUN Morib.

“Insya-Allah aktiviti bersedekah seperti ini akan dijadikan tradisi demi menghidupkan lagi bulan yang mulia ini,” katanya lagi.


Pengarang :