Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Abdul Rahim Kasdi (tengah) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada asnaf fakir dan miskin di pekarangan pusat khidmat masyarakat Sungai Tua, Batu Caves pada 29 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

450 warga DUN Sungai Tua terima baucar beli-belah Aidilfitri RM100

GOMBAK, 29 APRIL: Sebanyak 450 baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Setiusaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi berkata baucar berkenaan bernilai RM100 boleh ditebus di Pasaraya Sri Ternak, dekat sini.

“Agihan kupon dibuat dua minggu lalu. Kita utamakan B40, ibu tunggal serta orang kelainan upaya dan mereka ini bukan ahli Kasih Ibu Smart Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

“Kita mahu semua rakyat mendapat manfaat bantuan Kerajaan Negeri,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 500 penerima di Dewan Beringin Sri Gombak di sini hari ini..

Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM3.34 juta tahun ini untuk agihan baucar beli-belah sempena Aidilfitri yang memanfaatkan 33,400 ketua isi rumah B40.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan kurang mampu sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Pengarang :