EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) menyerahkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) kepada salah seorang penerima di Hotel Acapella, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto Facebook ANIS
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

692 anak istimewa dapat bantuan khas tampung kos terapi, pendidikan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Seramai 692 kanak-kanak kelainan upaya (OKU) mendapat manfaat Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) berjumlah RM1.3 juta tahun lalu.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga anak istimewa menampung kos pendidikan, terapi, alatan serta ubat-ubatan.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Anis dan Didik Anis pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta,” kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, permohonan secara dalam talian bagi kedua-dua program dibuka mulai 17 hingga 31 Mei melalui laman sesawang www.anisselangor.com.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah turut mengumumkan penubuhan Independent Living Support Centre (ILSC), yang menyediakan program latihan dan kemahiran kepada OKU sasar dengan peruntukan RM1 juta.

“ILSC menyasar untuk melatih OKU 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah pembelajaran agar mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya lagi.


Pengarang :