Mazwan Johar menyerahkan sumbangan komputer riba kepada pelajar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal, Bandar Baru Bangi pada 31 Mac 2022. Foto Mazwan Johar
ADNSELANGOR

ADN Sungai Ramal peruntuk lebih RM50,000 agih komputer riba kepada pelajar B40

SHAH ALAM, 2 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal membelanjakan lebih RM50,000 bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan (B40) sejak September tahun lalu.

Mazwan Johar memaklumkan dalam tempoh berkenaan seramai 31 individu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menerima sumbangan tersebut dengan terbaru kelmarin membabitkan enam pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Program sumbangan komputer riba kelmarin adalah siri keempat bermula September 2021 dengan kos peruntukan sebanyak RM51,230.

“Bermula siri pertama hingga terakhir, seramai 31 pelajar telah menerima bantuan berkenaan,” katanya menerusi Facebook.

Mazwan berkata sumbangan itu diharap membantu meringankan beban ibu bapa dalam kalangan B40 dan juga mereka terjejas punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Didoakan agar anak-anak ini berjaya dengan cemerlang dalam pembelajaran masing-masing,” katanya.


Pengarang :