ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah membantu memasang mesin penyedut kahak untuk kegunaan Zaidi Mohd Yusof di kediamannya di Taman Mutiara, Tanjung Sepang pada 4 Mac 2022. Foto Facebook DUN Tanjung Sepat
ADNSELANGOR

ADN Tanjung Sepat serah mesin penyedut kahak, bakul makanan kepada penduduk 

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seorang penduduk yang terlantar di kediamannya akibat angin ahmar menerima bantuan mesin penyedut kahak daripada Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat.

Sumbangan itu diserahkan oleh Borhan Aman Shah kepada Zaidi Mohd Yusof dalam kunjungannya ke kediaman yang terletak di Taman Mutiara, Tanjung Sepat pada jam 3 petang semalam.

“Semoga beliau (Zaidi) dan keluarga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan,” kata Borhan menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat.

Borhan yang juga EXCO Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada salah seorang penduduk di Kampung Kundang yang menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti Covid-19.


Pengarang :