Petugas Air Selangor menyampaikan sumbangan makanan asas kepada individu dari golongan B40 bersempena ulang tahun keduanya sebagai pemegang lesen tunggal pembekalan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 13 September 2021. Foto Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Air Selangor agih 1,334 kotak makanan, baiki paip rosak 35 rumah B40

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 1,334 kotak bantuan makanan asas dihulurkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tahun lalu.

Air Selangor memaklumkan bantuan itu merupakan sebahagian Program Sesama Mara sejak 2020 yang memberi fokus kepada B40 sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

“Bertemakan Sesama Mara atau ‘Together We Move Forward,’ program ini diteruskan bagi memberi sokongan kepada komuniti terbabit menerusi sumbangan keperluan asas.

“Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari https://www.airselangor.com/sesamamara/,” katanya di Facebook.

Menerusi perkongsian video, antara bantuan lain yang dihulur Air Selangor adalah pembaikan paip dalaman yang rosak di 35 kediaman dan kursus kemahiran perantis tukang paip bagi membantu peserta kehilangan pekerjaan ketika Covid-19.

Selain itu terdapat juga pemberian komputer riba, data internet percuma dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak warga kerja Air Selangor yang memerlukan.

Malah Air Selangor juga membuat tempahan pelitup muka untuk membantu komuniti wanita B40 dan orang kelainan upaya (OKU) menjana pendapatan.


Pengarang :