Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Gombak menuju Genting Sempah sesak ketika tinjauan pada 29 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik di lebih raya utama menuju ibu kota lancar

KUALA LUMPUR, 3 APR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama menuju ke ibu kota lancar setakat malam ini, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM itu berkata hanya sedikit kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan dari Pendang ke Gurun, Kedah akibat kemalangan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Pulau Pinang setakat pukul 10 malam tadi.

“Trafik juga dilaporkan sedikit sesak di lebuh raya Plus arah utara dari Senawang ke Port Dickson. Sedikit kesesakan juga berlaku ke arah selatan dari Ayer Hitam ke Machap, Kulai ke Senai dan selepas Skudai ke Kempas, Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya aliran trafik di laluan lain menuju ke ibu kota termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dilaporkan lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik atau Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik .

– BERNAMA


Pengarang :