AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di empat daerah di Selangor hingga jam 1 pagi esok

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor hingga jam 1 pagi esok.

Amaran sama turut membabitkan Jempol, Negeri Sembilan; Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang; Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

Kawasan lain adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :