Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di empat daerah di Selangor hingga jam 9 pagi

SHAH ALAM, 6 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor hingga jam 9 pagi ini.

Amaran sama dikeluarkan bagi seluruh Melaka; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak; Subis, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak.

Bagi kawasan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu pula amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan sehingga jam 10 pagi hari ini.

Ia turut membabitkan daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 


Pengarang :