Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, beberapa negeri sehingga 8 malam ini

SHAH ALAM, 1 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan beberapa negeri lain sehingga jam 8 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, amaran itu membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor dan seluruh Perlis.

Kawasan lain adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.

Turut terbabit, Bau, Kuching, Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak serta pedalaman Keningau dan Tambunan, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud serta Kota Marudu di Sabah.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :