Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Seremban, Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang di Johor hingga jam 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut membabitkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Gua Musang, Kelantan serta Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Bagi Malaysia Timur pula, kawasan terbabit adalah Sri Aman, Pakan dan Julau, Kanowit), Song, Song) dan Lawas di Sarawak serta Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tongod di Sabah.

 


Pengarang :