AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabak Bernam sehingga 12 tengah hari

SHAH ALAM,23 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di daerah Sabak Bernam hingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan amaran sama turut dijangka di Pulau Pinang dan Kedah melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Perak juga diramal amaran sama di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :