MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat tiga daerah di Selangor tengah hari ini

SHAH ALAM, 2 APRIL: Tiga daerah negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook pagi ini memaklumkan tiga kawasan itu ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Perak membabitkan daerah Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Negeri dan daerah lain yang turut mengalami cuaca buruk itu ialah Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sabah pula membabitkan kawasan Tawau, Kunak, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :