Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap ketika majlis berbuka puasa bersama pimpinan KEADILAN Pusat dan Negeri di Kediaman Rsami Menteri Besar, Shah Alam pada 6 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar: Pemilihan parti dengan etika ketat, calon diingat patuh peraturan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 akan dibuat mengikut etika ketat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, presiden parti itu mengingatkan semua calon terlibat supaya mematuhi peraturan dalam pemilihan berkenaan.

“Orang tanya kenapa disegerakan pemilihan parti… ada orang kata tidak sesuai (dan) tidak betul.

“Kita buat kerana mengingatkan semua calon bahawa etika itu sangat ketat terutama pada Ramadan,” katanya ketika berucap pada majlis iftar KEADILAN di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di sini semalam.

Selain Amirudin, program tersebut turut dihadiri Naib Presiden Tian Chua dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Proses pencalonan dalam pemilihan KEADILAN 2022 untuk menentukan kepimpinan di 222 cabang parti akan bermula Jumaat hingga Ahad ini manakala bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijadual pada Isnin depan.

Pencalonan bagi peringkat cabang dan MPP yang mempertaruhkan jawatan tertinggi parti, akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi ADIL.


Pengarang :