Tahanan etnik Rohingya dibawa dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar untuk dipindahkan ke depot tahanan lain pada 20 April 2022. Foto BERNAMA.
AGENDANASIONAL

Baki 72 tahanan Rohingya masih diburu – polis

ALOR SETAR, 24 APRIL: Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.

“Setakat petang ini, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.


Pengarang :