Lelaki menyamar pegawai Kementerian Kesihatan perdaya wanita lebih RM130,000.
AGENDANASIONAL

Bapa murid tahun empat lapor polis, dakwa anak cedera dipukul guru

KUANTAN, 14 APRIL: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun Empat dipukul oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan tisu lembut.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata laporan polis dibuat oleh bapa mangsa pada 9.59 malam, Isnin lepas mendakwa guru lelaki berusia 50 tahun telah memukul belakang badan anaknya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA


Pengarang :